More

    Samsung perkenal TV MICRO LED besar sehingga 110 inci dan TV Neo QLED 8K di pasaran

    Melalui acara pelancaran Unbox & Discover 2021, beberapa produk terbaru Samsung seperti sistem audio, monitor dan TV yang berlangsung awal pagi tadi, terdapat beberapa barisan TV baharu yang diumumkan. Antaranya adalah TV MICRO LED yang berukuran hingga 110 inci dan Samsung Neo QLED 8K.

    Sebenarnya, Samsung sudah memperkenalkan teknologi MICRO LED pada tahun 2018 melalui produk TV bernama The Wall. Samsung Neo QLED juga hadir dengan beberapa teknologi Samsung yang baharu pada tahun ini.

    Samsung MICRO LED sehingga 110 inci

    Samsung bukan sahaja memperkenalkan TV yang berukuran 110 inci, tetapi terdapat beberapa ukuran yang boleh dipilih jika anda merasakan 110 inci adalah terlalu besar untuk rumah anda.

    Samsung menawarkan TV dengan teknologi MICRO LED pada ukuran 110 inci, 99 inci, 88 inci dan 76 inci. Namun, TV MICRO LED 110 inci dan 99 inci bakal hadir di pasaran pada akhir Mac, manakala TV 88 inci pada musim luruh (September – Disember), dan TV 76 inci pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

    Samsung Neo QLED dan QLED

    Samsung Neo QLED disokong oleh pemproses Neo Quantum dan teknologi Quantum Mini LED yang baharu untuk paparan dengan kawalan cahaya baik. Ia juga menyokong beberapa ciri untuk pengalaman gaming lebih baik seperti Freesync Premium Pro, Game Bar dan Super Ultrawide Gameview.

    Samsung juga menambah ciri Samsung Health dan Smart Trainer untuk pengguna yang menggunakan TV bagi kegunaan senaman dan kesihatan di rumah.

    Samsung Neo QLED 8K (QN800A dan QN900A) menawarkan model 65 inci, 75 inci dan 85 inci, manakala varian 4K (QN90A dan QN85A) pula menawarkan model bermula dengan 50 inci.

    Samsung My Shelf dan The Premiere

    Selain barisan produk TV, Samsung turut memperkenalkan beberapa produk sokongan TV dan elektronik seperti My Shelf dan projektor The Premiere.

    "
    "

    My Shelf pula adalah rak yang boleh menyokong TV The Frame 55 inci, 65 inci dan 35 inci yang tersedia dalam pilihan warna kuning air, putih, perang dan hitam.

    The Premiere pula ialah projektor tiga laser pertama dari Samsung dengan resolusi 4K, skrin sehingga 130 inci. Ia ditawarkan dengan rekaan minimalis dan sudahan fabrik yang memenuhi kepuasan dekorasi pengguna dan bakal hadir pada tarikh yang diberitahu kelak.

    Apa pun, kami masih tidak mendapat maklumat berkenaan tarikh rasmi keberadaan kesemua produk ini di pasaran Malaysia. Anda boleh lihat kembali majlis pelancaran di pautan rasmi Samsung.

    Adakah anda berminat dengan mana-mana produk yang dilancar oleh Samsung? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...