More

    Samsung perkenalkan Camera Grip dan Slim Tripod, miliki cengkaman tradisional bermula ~RM186

    Samsung Siri Galaxy S23 mempunyai perkakasan kamera yang mengagumkan dan kini Samsung memberikan pengguna sepasang aksesori untuk memanfaatkan kameranya. Samsung Camera Grip dan Slim Tripod ialah aksesori modular rasmi yang serasi dengan sarung keluaran Samsung.

    Sarung silikon lutsinar nipis ini mempunyai bahagian istimewa yang membolehkan anda menukar aksesori yang berbeza. Camera Grip hadir dengan butang ambil gambar Bluetooth yang boleh ditanggalkan dan kawasan cengkaman yang lebih tradisional.

    Peranti ini juga mempunyai tripod tersembunyi di dalamnya dan ia berputar untuk mod potrait atau landskap serta tersedia dalam warna putih. Slim Tripod pula membolehkan anda meletakkan peranti Galaxy S23 pada tripod yang juga boleh digenggam dengan satu tangan apabila kakinya dilurus dan dipanjangkan untuk membuat vlog peribadi.

    Slim Tripod Stand datang dalam warna perak dan berharga £34 (~RM186) manakala Samsung Grip berharga £49(~RM267). Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung 1|2

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured