More

    Samsung perkenalkan Galaxy Book4 Edge Series dengan cip Snapdragon X Elite, paparan AMOLED 120Hz

    Samsung telah melancarkan Galaxy Book4 Edge Series iaitu barisan baru komputer riba Windows on Arm yang menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon X Elite. Tersedia dalam model 14 inci dan 16 inci, Galaxy Book4 Edge menawarkan mudah alih terbaik dengan versi 14 inci memiliki berat hanya 1.16kg dan nipis 10.9mm.

    Model 16 inci pula lebih tebal dan berat sedikit dengan ukuran 12.3mm dan 1.55kg. Kedua-dua model menampilkan paparan AMOLED beresolusi 3K (2880 x 1800 piksel), kadar segar semula 120Hz, gamut warna DCI-P3 120%, kecerahan 400 nits untuk kandungan SDR dan 500 nits untuk kandungan HDR.

    Selain itu, ia menyokong teknologi VRR (Variable Refresh Rate) untuk visual bebas koyakan dan mempunyai keupayaan berbilang sentuhan 10 titik. Siri Galaxy Book4 Edge dilengkapi dengan RAM 16GB, bateri berkapasiti 55.9Wj untuk model 14 inci dan 61.8Wj untuk model 16 inci.

    Untuk sambungan, kedua-dua model menawarkan dua port USB4, port HDMI 2.1 dan bicu audio 3.5mm. Versi 16 inci menambah fungsi selanjutnya dengan port USB 3.2 Type A dan pembaca kad mikroSD. Samsung Galaxy Book4 Edge akan berada di pasaran pada 18 Jun di pasaran terpilih. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Samsung Malaysia jika ia dipasarkan kelak.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy Book4 Edge Series dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured