More

    Samsung perkenalkan Repair Mode untuk kunci data dalam telefon sewaktu pembaikian

    Samsung telah memperkenalkan fungsi baharu bernama Repair Mode dalam telefon mereka bagi memudahkan pengguna untuk mengunci data mereka sewaktu pembaikian. Apabila mod ini diaktifkan, tukang pembaiki tidak boleh mengakses data peribadi yang disimpan dalam telefon tersebut.

    Fungsi ini boleh diaktifkan sebelum pengguna menyerahkan telefon kepada pihak pembaiki. Ia boleh diakses dalam Penjagaan Bateri dan Peranti (Battery and Device Care) dalam menu Tetapan (Settings). Apabila ia diaktifkan, telefon akan dimulakan semula (reboot).

    Repair Mode akan menyembunyikan semua data peribadi seperti gambar, mesej, butiran akaun dan sesetengah aplikasi. Ini bagi menyenangkan hati pengguna sewaktu pembaikian kerana mereka tidak perlu lagi risau jika data peribadi mereka akan diakses oleh pembaiki.

    Selepas pembaikian siap dilakukan, pengguna boleh mematikan Repaid Mode dengan pengimbasan cap jari atau menaipkan kata laluan skrin. Ini akan memulakan semula telefon tersebut, manakala sebarang pelarasan yang dilakukan oleh pembaiki akan dikekalkan.

    Samsung turut menawarkan pilihan untuk membenarkan telefon merekod log tentang aplikasi yang menyebabkan sebarang masalah dalam telefon. Log ini tidak diwajibkan dalam Repair Mode dan tidak akan merekod sebarang butiran peribadi.

    Repair Mode akan diperkenalkan di Korea Selatan dalam siri telefon pintar Samsung Galaxy S21 melalui sebuah kemas kini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured