More

    Samsung perkenalkan telefon tri-lipat, menampilkan skrin 10 inci

    Samsung Electronics baru-baru ini memperkenalkan peranti prototaip Tri-Fold Phone iaitu sebuah telefon dengan skrin yang boleh dilipat kepada tiga bahagian. Peranti tersebut diperkenalkan dalam Sidang CEO Kooperasi Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

    Berbeza dengan telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold7 yang berada dalam pasaran sekarang, Tri-Fold Phone mempunyai dua engsel untuk membenarkannya dilipat tiga manakala skrinnya mempunyai nisbah aspek yang lebih lebar. Skrin lipat ini berukuran 10 inci dan ia turut mempunyai sebuah skrin luaran yang berukuran 6.5 inci.

    Sungguh pun begitu, sewaktu acara tersebut telefon ini hanya dipaparkan dalam sebuah kotak kaca sahaja dan para hadirin tidak dibenarkan untuk mencubanya. Ramai menjangkakan telefon ini diperkenalkan bukan untuk dijual secara besar-besaran, namun sekadar menunjukkan kebolehan Samsung dalam mencipta teknologi canggih.

    Samsung mengatakan telefon ini akan dilancarkan ke pasaran dalam masa sekitar setahun pada harga anggaran KRW3,000,000 (~RM8,770). Syarikat itu merancang untuk mengeluarkan sekitar 50,000 hingga 100,000 unit sahaja dan dijual di beberapa negara terpilih seperti Korea Selatan dan China.

    Pada awal tahun ini, telefon tri-lipat pertama dalam dunia, HUAWEI Mate XT Ultimate Design, telah pun dilancar untuk pasaran Malaysia dan dijual pada harga RM14,999. Mungkin tahun depan kita boleh menyaksikan Samsung pula melancarkan telefon tri-lipat di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Chosun

     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured