More

    Samsung rancang lancarkan lebih banyak telefon Galaxy siri A kalis air tahun hadapan

    Samsung telah melancarkan lebih daripada setengah dozen telefon pintar Galaxy siri A dengan kalis air seperti Galaxy A52, A52 5G, A52s 5G dan A72 tahun ini. Sebuah laporan mengatakan bahawa Samsung bakal melancarkan Galaxy siri A generasi seterusnya yang mempunyai ciri kalis air.

    Jika ia benar, kita akan melihat lebih banyak Galaxy siri A dengan ciri kalis air daripada Samsung pada tahun 2022 dalam usaha untuk bersaing dengan jenama China yang lain. Laporan itu juga mendakwa bahawa Samsung Galaxy A33 dan model yang lebih tinggi akan mempunyai ciri kalis air, tetapi ia tidak mendedahkan maklumat lebih lanjut.

    Setakat ini, Samsung telah melancarkan lima telefon pintar Galaxy siri A dengan taraf IP68 kalis habuk dan air serta empat model lain dengan penarafan IP67. Tambahan, Samsung akan menggunakan bahan membran dan silikon kalis air untuk menghalang habuk dan air pada taraf IPxx untuk telefon pintar ini.

    Ia akan diletakkan pada mikrofon, pembesar suara dan port pengecasan. Samsung juga telah memutuskan untuk memudahkan proses pengeluaran untuk panel belakang telefon pintar tahun depan yang boleh membantu mereka mengurangkan kos pengeluaran.

    Samsung belum mendedahkan apa-apa tentang telefon pintar Galaxy siri A tahun 2022 lagi, tetapi kami sudah maklum syarikat itu akan melancarkan Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G kerana spesifikasinya telah tertiris dalam talian.

    Kami juga mempunyai maklumat tentang Galaxy A23 yang dikatakan menampilkan kamera utama 50MP dan terdapat dalam versi 4G serta 5G. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...