More

    Samsung sah bangunkan bateri silikon-karbon untuk kapasiti lebih tinggi

    Samsung mengesahkan sedang membangunkan telefon pintar dengan teknologi bateri silikon-carbon yang menandakan peningkatan kapasiti bateri lebih besar bakal tiba pada peranti Galaxy akan datang. Ia disahkan oleh wakil Samsung menjelang Galaxy Unpacked 2026 dengan menyatakan peranti berteknologi tersebut akan diperkenalkan “pada waktunya”.

    Teknologi anod silikon-karbon membolehkan lebih banyak ion litium disimpan dalam ruang sama berbanding grafit yang membantu meningkatkan kapasiti tanpa menambah ketebalan atau berat peranti. Teknologi ini kini sudah digunakan oleh beberapa jenama China yang menawarkan bateri melebihi 7,000mAh.

    Samsung bagaimanapun menegaskan pendekatan berhati-hati diambil bagi memastikan keselamatan, ketahanan dan kestabilan jangka panjang susulan pengalaman lalu termasuk insiden Samsung Galaxy Note 7. Ini menyebabkan proses ujian dalaman lebih ketat melibatkan isu pembengkakan, jangka hayat dan kebolehpercayaan kitaran pengecasan.

    Pendekatan konservatif itu turut dilihat pada siri Galaxy S26 yang baru dilancarkan di mana hanya model asas menerima peningkatan bateri kecil manakala varian Plus dan Ultra mengekalkan kapasiti sedia ada. Walaupun bergerak lebih perlahan berbanding pesaing, kenyataan ini mengesahkan Samsung sedang menuju ke arah teknologi bateri generasi baharu.

    Tiada garis masa pelancaran diumumkan, namun perkembangan ini memberi petunjuk peningkatan bateri lebih signifikan bakal diperkenalkan pada model Galaxy akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...