More

    Samsung sahkan cipset 3nm bakal dilancar pada tahun 2022

    Pada bulan Julai 2020, Samsung melaporkan bahawa syarikatnya dalam proses sedang membangunkan cipset 4nm. Sumber menunjukkan bahawa pesaing Samsung, TSMC, akan melancarkan cip 3nm pertamanya pada penggal kedua tahun 2022.

    Dengan itu, Samsung memutuskan untuk terus mensasarkan kepada cipset ke 3nm bagi mendahului pesaingannya. Dan khabar angin tersebut nampaknya benar. Pada Forum Foundry Samsung tahun ini, Samsung menjelaskan bagaimana ia akan terus bersaing dalam pembuatan cipset walaupun dunia sedang dilanda isu kekurangan cip pada peringkat global yang mempengaruhi industri ini.

    Samsung akan memulakan pengeluaran besar-besaran untuk cip 3nm menjelang penggal pertama tahun 2022. Apa yang mengagumkan ialah cip baru itu dijangka akan memberikan prestasi sehingga 30% lebih baik daripada sebelum ini. Selain itu, Samsung akan mengeluarkan cip 3nm generasi kedua pada penggal kedua 2023 yang dinamakan sebagai 3nm+.

    Sementara itu, Samsung Foundry juga akan mengembangkan cip 2nm-nya dengan GAA dan teknologi FET. Syarikatnya dijangka melancarkan cip 2nm pada tahun 2025. Untuk pengetahuan, cip 3nm menghasilkan telefon yang lebih berkuasa dengan kecekapan kuasa yang lebih baik.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNaveEN

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured