More

    Samsung saman TCL dakwa langgar paten paparan OLED

    Samsung telah memfailkan saman di mahkamah persekutuan Texas terhadap syarikat China, TCL dan sekutunya kerana didakwa melanggar tiga paten berkaitan teknologi paparan OLED. Dua syarikat Amerika, Ultimate Eshop LLC dan eTech Parts Plus LLC, turut dinamakan kerana menjual atau mengimport skrin OLED yang dikatakan melanggar paten tersebut.

    Samsung mendakwa TCL China Star Optoelectronics Technology Co. dan anak syarikatnya di Wuhan menghasilkan skrin OLED yang meniru ciptaan Samsung termasuk reka bentuk litar piksel dan kaedah pemacu paparan. Tiga paten yang disebut dalam kes ini ialah Paten A.S. No. 9,330,593, 7,414,599 dan 11,594,578.

    Menurut Samsung, mereka telah memaklumkan kepada TCL tentang pelanggaran ini sejak Julai 2022, namun pengeluaran dan jualan skrin berkenaan tetap diteruskan. Antara model terlibat termasuk TCL 10 Pro, 20 Pro 5G, 30, 30 5G dan 30+ yang dijual di pasaran Amerika Syarikat.

    Tindakan ini susulan keputusan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa A.S. (ITC) yang mengesahkan bahawa ianya merupakan paten Samsung dan mendapati sebahagian pihak termasuk eTech Parts Plus telah melanggarnya. TCL pernah cuba masuk campur dalam kes itu selepas skrin gantian keluarannya mula dijual di AS.

    Samsung turut menyatakan bahawa Lembaga Rayuan dan Perbicaraan Paten (PTAB) tahun lalu menolak cabaran TCL terhadap dua daripada tiga paten itu yang mengukuhkan lagi kes mereka. Sebelum ini, Samsung telah menyaman pengeluar China, BOE, atas dakwaan mencuri reka bentuk untuk kilang OLED.

    BOE pula membalas dengan saman terhadap Samsung berhubung paten kamera bawah paparan Galaxy Z Fold. Setakat ini, Samsung enggan beri komen lanjut manakala TCL dan syarikat lain yang dinamakan belum memberikan sebarang respon. Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Law360

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured