More

    Samsung sedang bangunkan teknologi lensa yang boleh nipiskan bonggol kamera telefon

    Menurut media Korea Selatan, seorang eksekutif Samsung Electronics telah mengesahkan bahawa syarikat itu sedang membangunkan teknologi metalens iaitu lensa kamera yang rata dan mempunyai zarah nano (nanoparticles) pada permukaannya.

    Walaupun lensa tersebut lebih rata berbanding lensa sedia ada, zarah nano yang terdapat pada permukaan lensa metalens boleh membengkokkan arah cahaya untuk menghasilkan efek gambar seperti dalam lensa sedia ada. Dengan lensa yang lebih rata, ini membenarkan pengilang telefon pintar untuk menghasilkan bonggol kamera yang lebih nipis.

    Samsung Electro-Mechanics kini sedang mengkaji proses pengilangan untuk menghasilkan lensa metalens secara besar-besaran. Pengilangan lensa tersebut perlu dilakukan dengan perincian nanometer dan setakat ini mereka telah pun berjaya menghasilkan modul lensa 7P.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang waktu lensa ini akan diperkenalkan dalam sebuah telefon. Kongsi pendapat anda tentang teknologi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TheElec

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured