More

    Samsung Smart Monitor M5/M7 diumum di Malaysia: Boleh disambung ke telefon, harga bermula RM899

    Samsung kini telah mengumumkan dua Smart Monitor baharu iaitu Samsung Smart Monitor M7 (UHD 32 inci) dan Samsung Smart Monitor M5 (FHD 27 inci/32 inci) di pasaran Malaysia. Monitor baharu ini boleh mula dipra-tempah pada 12 Disember hingga 19 Disember secara dalam talian, Lazada atau Shopee pada harga bermula RM899.

    Kedua-dua model monitor ini boleh digunakan sama ada untuk tugasan kerja, pembelajaran atau hiburan. Ia turut boleh disifatkan seperti TV pintar. Monitor ini boleh disambung kepada telefon pintar melalui Samsung DeX atau peranti bersesuaian melalui Tap View, App Cast dan Apple AirPlay 2.

    Smart Monitor M5/M7 dilengkapi sokongan WiFi terbina dalam dan boleh menggunakan aplikasi Microsoft Office 365 tanpa sambungan kepada komputer anda. Ia juga menyokong akses alat kawalan dan kandungan penstriman media seperti Netflix, YouTube dan lain-lain. Kedua-dua monitor dilengkapi dua-saluran pembesar duara yang menyokong pembantu suara Bixby, port USB-C, USB 2.0 dan Bluetooth 4.2.

    Pelanggan yang membuat pra-tempah Samsung Smart Monitor pada 12 Disember hingga 19 Disember 2020 akan mendapat potongan harga sehingga RM400. Senarai potongan harga adalah seperti di bawah.

    • M7 32” UHD Smart Monitor = RM1999 RM1599
    • M5 32” UHD Smart Monitor = RM1299 RM1099
    • M5 27” UHD Smart Monitor = RM1099 RM899

    Adakah anda berminat dengan Samsung Smart Monitor? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...