More

    Samsung terima kontrak RM77 bilion daripada Tesla untuk bangunkan cip AI khas

    Tesla dan Samsung dilaporkan telah menandatangani perjanjian bekalan cip bernilai AS$16.5 bilion (kira-kira RM77.4 bilion) membabitkan pengeluaran cip pemprosesan khusus yang akan digunakan dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) Tesla. Perjanjian meliputi tempoh 8 hingga 9 tahun yang menjadikannya antara kerjasama terbesar antara syarikat automotif dan pengeluar cip.

    Menurut sumber, Samsung akan menghasilkan cip generasi baharu yang dikenali sebagai AI6 direka khas oleh Tesla untuk pelbagai kegunaan termasuk sistem pemanduan automatik, robot humanoid Optimus dan infrastruktur pusat data AI Tesla seperti Dojo. Pengeluaran cip akan dijalankan di kilang Samsung yang kini dalam pembinaan di Taylor, Texas yang dijangka beroperasi pada 2026.

    Produksi sebenar cip AI6 dijangka bermula antara tahun 2027 hingga 2028. Elon Musk turut mengesahkan kerjasama ini dan menyatakan bahawa cip sebelumnya, AI4, turut dibangunkan oleh Samsung manakala cip peralihan AI5 kini sedang dikilangkan oleh TSMC. Beliau juga membayangkan bahawa nilai sebenar kontrak ini mungkin lebih tinggi berbanding anggaran rasmi.

    Kerjasama strategik ini memberikan kelebihan besar kepada Samsung Foundry yang sedang bersaing rapat dengan TSMC dalam bidang pembuatan cip berprestasi tinggi. Saham Samsung dilaporkan melonjak hampir 7% selepas pengumuman ini yang mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi masa depan syarikat dalam segmen semikonduktor AI.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WSJ

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured