More

    Samsung TV Neo QLED 8K 2022 dilancar di Malaysia: Kualiti warna realistik bermula RM12,499

    Dengan visi “Screen Everywhere, Screen for All”, Samsung telah memperkenalkan produk Televisyen (TV) untuk pengguna Malaysia membawakan siri TV Neo QLED 8K 2022 pada hari ini. TV Neo QLED 8K 2022 boleh didapati daripada RM12,499.

    Ia mempunyai pemproses kuantum neural 8K yang dikemas kini dan dinaik taraf dengan 20 set rangkaian AI Neural untuk membantu mengoptimumkan kualiti dan warna gambar 8K mengikut kandungan gambar. LED Mini Kuantum yang digunakan turut membantu warna menjadi lebih terang dan gambar gelap lebih realistik.

    TV Neo QLED 8K 2022 merupakan TV pertama di dunia yang memperoleh pensijilan warna Pantone yang boleh menghasilkan semula lebih daripada 2,000 warna termasuk 110 penunjuk Pantone baharu daripada tona kulit.

    Daripada segi audio, TV tersebut menggunakan QN900B andalan dengan konfigurasi pembesar suara 90W 6.2.4 dan Dolby Atmos dengan Object Tracking Sound Pro. Selain itu, TV QLED Neo Samsung 2022 juga menyokong sambungan wayarles pertama di dunia kepada Dolby Atmos untuk menyambung kepada 2022 Ultra Slim Soundbar terbaharunya.

    Ia mempunyai pelbagai fungsi pintar untuk anda gunakan seperti Smart Hub di bawah Tizen OS bagi memudahkan pengguna menetapkan kandungan TV, menukar kandungan skrin mengikut persekitaran rumah, game dan kerja yang sepadan. 

    Di bawah adalah harga Malaysia bagi Samsung 2022 Neo QLED:

    • 85″ Neo QLED 8K QN900B – RM49,999
    • 75″ Neo QLED 8K QN900B – RM34,999
    • 65″ Neo QLED 8K QN900B – RM23,999
    • 85″ Neo QLED 8K QN800B – RM33,999
    • 75” Neo QLED 8K QN800B – RM24,999
    • 65″ Neo QLED 8K QN800B – RM18,999
    • 55″ Neo QLED 8K QN700B – RM12,499

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...