More

    Samsung umumkan Galaxy AI baharu dengan Panggilan Terjemahan Langsung AI

    Adakah Bixby akan digantikan oleh Galaxy AI? Samsung tidak menyebut apa-apa tentang itu tetapi kelihatan mereka akan menggunakan nama lain untuk kecerdasan buatan. Samsung baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa “era baharu Galaxy AI akan datang”.

    Malah, Samsung kelihatan yakin bahawa tiada “syarikat lain yang boleh memanfaatkan potensi AI seperti Galaxy”. Galaxy AI akan menjadi kecerdasan buatan peringkat seterusnya yang anda tidak pernah lihat sebelum ini, daripada komunikasi tanpa halangan kepada produktiviti dan kreativiti yang dipermudahkan.

    Galaxy AI ialah pengalaman AI mudah alih yang komprehensif dikuasakan oleh kedua-dua AI pada peranti yang dibangunkan di Samsung dan AI berasaskan awan yang didayakan oleh kerjasama lain. Salah satu ciri yang boleh dilakukan ialah menggunakan Panggilan Terjemah Langsung AI sebagai penterjemah peribadi pada masa nyata dalam kedua-dua format audio dan teks.

    Samsung berkata Galaxy AI akan datang awal tahun depan yang mungkin sekitar masa yang sama dengan siri Galaxy S24. Siri Galaxy S24 sebenarnya mungkin dilengkapi dengan Galaxy AI bersama-sama tetapi belum ada yang disahkan secara rasmi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...