More

    Samsung umumkan Galaxy Buds3 FE di Malaysia dengan reka bentuk “Blade” dan integrasi AI

    Samsung hari ini mengumumkan pelancaran Galaxy Buds3 FE iaitu sebuah fon telinga wayarles baharu yang menawarkan gabungan rekaan ikonik, audio lebih mantap dan sokongan Galaxy AI pada harga lebih berpatutan. Ia mengekalkan identiti rekaan “Blade” dengan kawalan picit dan leret yang intuitif.

    Daripada segi audio, ia dilengkapi pemacu lebih besar bagi menghasilkan bunyi bass mendalam dan treble lebih jelas. Ciri Active Noise Cancelling (ANC) dipertingkat membantu menapis hingar manakala Crystal Clear Call berasaskan AI memastikan panggilan lebih jelas dengan kedudukan mikrofon yang dioptimumkan.

    Untuk kemudahan, bekas pengecas hadir dengan butang khas untuk sambungan pantas dan sokongan Auto Switch membolehkan ia bertukar automatik antara peranti Galaxy. Integrasi Galaxy AI pula membolehkan pengguna mengaktifkan pembantu suara “Hey Google”, menyemak jadual atau emel serta menggunakan Interpreter pada telefon Galaxy untuk terjemahan masa nyata.

    Selain itu, Buds3 FE menampilkan kemasan dwi-tona matte dan aksen separa telus sambil mengekalkan ekosistem Galaxy yang membolehkan kawalan terus dari tetapan sistem tanpa perlu aplikasi tambahan. Untuk ketahanan, ia disahkan dengan penarafan IP54 manakala bateri mampu bertahan sehingga 8.5 jam tanpa ANC atau sehingga 30 jam bersama bekas pengecas.

    Dengan ANC aktif, ia boleh digunakan sekitar 6 jam. Menurut Samsung, Galaxy Buds3 FE akan mula dijual secara progresif di Malaysia bermula 19 September 2025, namun harga rasmi tempatan masih belum diumumkan. Di pasaran global, ia ditawarkan pada harga sekitar US$149.99 (~RM700).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy Buds3 FE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...