More

    Samsung Wallet akan dilancar di Malaysia pada hujung Januari 2023

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa perkhidmatan dompet digital Samsung Wallet bakal diperkenalkan di Malaysia pada hujung bulan Januari 2023. Sebelum ini, ia telah dilancar di negara-negara terpiliha pada Jun 2022.

    Untuk mereka yang tidak mengenali perkhidmatan ini, Samsung Wallet adalah sebuah platform yang memudahkan pengguna peranti Galaxy dalam mengurus kunci-kunci digital, pas penerbangan, dokumen pengenalan diri dan banyak lagi.

    Selain memudahkan pembayaran kad kredit dan debit, Samsung Wallet turut boleh menyimpan kata laluan yang akan memudahkan pengguna untuk daftar masuk ke dalam aplikasi dan perkhidmatan pihak ketiga. Untuk makluman, Samsung Pay bakal menjadi salah satu perkhidmatan yang ditawarkan dalam Samsung Wallet.

    Antara dokumen pengenalan diri yang boleh disimpan dalam Samsung Wallet termasuklah lesen memandu dan kad identiti pelajar. Buat mereka yang aktif dengan perdagangan kewangan kripto, anda boleh semak portfolio aset dalam Samsung Wallet.

    Samsung Wallet juga boleh menyimpan kunci digital untuk kenderan terpilih daripada BMW, Genesis dan Hyundai. Para penumpang syarikat penerbangan Korean Air pula boleh menyimpan pas penerbangan mereka dalam Samsung Wallet untuk akses mudah sewaktu mendaftar masuk di lapangan terbang.

    Samsung memberi jaminan bahawa sebarang maklumat yang disertakan dalam Samsung Wallet seperti cap jari dan penyulitan (encryption) akan dilindungi oleh teknologi Samsung Knox.

    Selain Malaysia, Samsung Wallet akan turut diperkenalkan di Australia, Brazil, Kanada, Hong Kong, India, Singapura dan Taiwan pada waktu yang sama. Buat masa ini, ia sudah pun ditawarkan di 21 negara termasuk Bahrain, China, Amerika Syarikat, Vietnam, Sepanyol dan banyak lagi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung Wallet dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured