More

    SanDisk Extreme Fit dilancar sebagai pemacu 1TB terkecil di dunia

    SanDisk baru-baru ini telah memperkenalkan SanDisk Extreme Fit USB-C Flash Drive yang didakwa sebagai pemacu storan 1TB terkecil di dunia. Rekaannya berkonsepkan “plug-and-stay” dan direka khas untuk pengguna yang mahu menambah kapasiti storan pada peranti seperti MacBook Air, MacBook Pro serta model iPad dengan port USB-C.

    SanDisk Extreme Fit USB-C Flash Drive tiba dengan ukuran hanya 18.5 x 15.7 x 13.6 mm dan berat 3 gram. Menariknya, ia tidak mudah longgar walaupun ketika peranti dibawa dalam beg. SanDisk Extreme Fit menyokong antara muka USB 3.2 Gen 1 dengan kelajuan bacaan sehingga 400MB/s bergantung kepada kapasiti yang ditawarkan daripada 128GB hingga 1TB.

    SanDisk Extreme Fit USB-C Flash Drive sesuai untuk pemindahan pantas gambar, video dan dokumen, namun tidak disarankan bagi rakaman video berbit tinggi seperti 4K 120fps ProRes pada iPhone. Selain itu, ia serasi dengan Windows 10 dan ke atas, macOS 12 dan ke atas serta iPadOS 15 dan ke atas.

    SanDisk turut menyediakan sokongan untuk aplikasi Memory Zone di Windows dan Mac untuk membolehkan pengguna mengurus fail, membuat sandaran automatik dan mengosongkan ruang storan dengan lebih mudah. Pemacu ini hadir dalam pilihan 64GB, 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB dengan waranti terhad lima tahun.

    SanDisk Extreme Fit USB-C Flash Drive dijual di pasaran terpilih pada harga USD119.99 (~RM565) untuk versi 1TB. Sebagai tambahan, pesaing lain turut memperkenalkan produk storan baharu seperti Lexar dengan SSD setebal 6mm (USB-C) dan kapasiti hingga 1TB manakala Corsair EX300U SSD menawarkan kelajuan hingga 1100MB/s, menyokong MagSafe serta storan sehingga 4TB.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Amazon

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...