More

    Sarawak akan lancarkan jam tangan pintar bernama Wawah

    Kerajaan negeri Sarawak sedang menghasilkan jam tangan pintar bernama Wawah Smart Watch yang bakal dilengkapi pelbagai fungsi canggih seperti pengukur degupan jantung, tekanan darah, tahap gula dalam darah dan penjejakan GPS. Ia bakal dilancarkan pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.

    Inisiatif ini merupakan idea daripada Menteri Kebajikan, Wanita dan Masyarakat Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, yang tercetus selepas beliau melawat pusat aktiviti Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Sunshine. Jam tangan ini telah dibangunkan oleh warga tempatan dan sebuah prototaip telah pun dihasilkan.

    Kini pembina jam tangan Wawah sedang meneliti fungsi yang akan ditawarkan dalam jam tersebut, di mana ia tidak memerlukan sebarang perhubungan dengan telefon pintar.

    Jam tangan ini akan disasarkan kepada warga emas supaya golongan yang lebih muda boleh memeriksa kesihatan ibu bapa mereka dengan mudah. Ia akan dijual pada harga yang mampu milik dan tidak difokuskan kepada keuntungan agar lebih ramai rakyat Sarawak boleh memilikinya.

    Selain jam tangan, sebuah platform digital Wawah juga akan dilancarkan, di mana pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang jam tangan tersebut dan berkongsi maklumat kesihatan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sin Chew Daily

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured