More

    Sarawak bakal bina rangkaian internet sendiri untuk keperluan rakyatnya

    Mungkin ada segelintir warganet yang peka dengan isu negara tahu tentang liputan Internet di beberapa negeri yang tidak meluas termasuklah Sarawak. Terkini, kerajaan negeri Sarawak meluahkan matlamatnya untuk mempunyai penyedia perkhidmatan Internet sendiri.

    Matlamat ini adalah tidak lain tidak bukan untuk memperluaskan liputan Internet ke kawasan terpencil di kawadan pedalaman, khas untuk kemudahan penduduk. Tambah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, syarikat telekomunikasi sedia ada tidak berminat untuk meluaskan liputan ke kawasan terpencil kerana mungkin tiada keuntungan.

    Untuk itu, kerajaan negeri Sarawak bersedia untuk menanggung kos operasi bagi menyediakan perkhidmatan Internet dan meluaskan rangkaian. Usaha ini telah dimulakan dengan permohonan lesen Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) untuk Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), khas untuk membangunkan perkhidmatan Internet di kawasan pedalaman.

    Menurut kami, usaha murni ini adalah penting untuk memastikan penduduk di kawasan terpencil turut tidak ketinggalan dalam mengetahui isu semasa memandangkan isu-isu lebih pantas tersebar melalui Internet.

    Apakah pandangan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured