More

    Satu daripada empat panggilan spam di Malaysia adalah panggilan “scam” – Truecaller

    Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan sebanyak 5,218 kes scam telah dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2020, dengan kerugian mencecah sehingga RM256 juta. Walaupun tindakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada mulanya telah memperlahankan aktiviti panggilan spam, ia telah meningkat semula sejak bulan Mei.

    97% daripada panggilan scam datang dari nombor tempatan, di mana ia merupakan 24% daripada jumlah panggilan spam di Malaysia pada tahun ini. Untuk makluman, panggilan spam merangkumi pelbagai panggilan yang tidak dikehendaki seperti telepemasaran, perkhidmatan kewangan dan pengumpulan hutang, manakala panggilan scam pula adalah panggilan yang melibatkan kegiatan jenayah dan bertujuan mencuri duit penerima panggilan.

    Bagi membantu rakyat Malaysia mengenal pasti panggilan spam dan scam, aplikasi Truecaller dari Sweden boleh membantu anda berbuat demikian. Setakat ini syarikat tersebut telah pun mengesan aktiviti scam di Malaysia, Indonesia dan Singapura dan kini aplikasi itu boleh dimuat turun oleh rakyat Malaysia di Google Play Store atau App Store.

    TechNave berharap para pembaca akan kekal berwaspada dengan sebarang panggilan yang mencurigakan. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan aplikasi Truecaller dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured