More

    Satu lagi Samsung Galaxy S20 FE 4G bakal hadir, tapi dengan Snapdragon 865

    Baru-baru ini, sudah terdapat berita mengenai Samsung yang mungkin akan melancarkan sebuah lagi varian untuk Samsung Galaxy S20 FE pada tahun ini, menjadikannya varian ketiga dalam model Galaxy S20 FE. Terkini, peranti ini dikatakan bakal hadir dengan Snapdragon 865, tetapi hanya menyokong 4G.

    Menurut sumber, Samsung Galaxy S20 FE varian 4G terbaru ini bakal hadir dengan sokongan 4G sahaja walaupun ia dijana Snapdragon 865. Ia disahkan oleh agensi kelulusan produk dan telekomunikasi di Thailand (NBTC). Spesifikasi peranti ini sama sahaja dengan Galaxy S20 FE yang dilancar pada September 2020.

    Jika di pasaran Malaysia, Samsung Galaxy S20 FE 4G/LTE dilancar dengan cipset Exynos 990. Adakah pasaran Malaysia juga akan menerima Galaxy S20 FE 4G versi Snapdragon 865? Kami akan memaklumkan jika ada maklumat lanjut mengenainya pada hari yang akan datang.

    Kongsikan pandangan anda mengenai peranti ini di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sammobile

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured