More

    “Saya bukan kucing,” kata seorang peguam yang terpasang “filter” kucing dalam video Zoom

    Sebuah video Zoom daripada sesi perbicaraan mahkamah secara dalam talian di Texas, Amerika Syarikat telah menjadi tular berikutan kejadian salah seorang peguam yang memasang filter kucing secara tidak sengaja. Peguam Rod Ponton dilihat muncul dalam sebuah panggilan video namun dengan sebuah filter yang menggambarkan muka beliau sebagai kucing bewarna putih.

    Hakim Roy Ferguson memberitahu Ponton bahawa perisian Zoom beliau telah ditetapkan untuk menggunakan filter kucing namun Ponton tidak dapat mencari tetapan untuk mematikannya. Ponton turut memberitahu Ferguson dan setiap peserta dalam panggilan video itu bahawa “saya bukannya kucing.”

    Ferguson kemudian membantu Ponton untuk mematikan filter tersebut dan perbicaraan telah diteruskan seperti biasa. Video tersebut menjadi sangat tular dan ramai netizen berasa terhibur dengan kejadian tersebut.

    Selepas video itu menjadi tular, Ferguson menulis satu ciapan mengatakan, “Tip Zoom penting: Jika anak anda menggunakan komputer, sila matikan fungsi filter sudah dimatikan dalam Zoom Video Options sebelum menyertai perbicaraan mahkamah secara maya.”

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured