More

    “Scam” melibatkan vaksin COVID-19 semakin menular pada suku pertama 2021

    Syarikat keselamatan siber Kaspersky mendapati bilangan scam dalam talian yang melibatkan vaksin COVID-19 telah meningkat sepanjang suku pertama tahun ini dan menggesa netizen untuk berwaspada dengan ancaman tersebut.

    Spam yang mempunyai unsur-unsur vaksin ini akan menipu penerima untuk membuat pendaftaran vaksin, mengambil bahagian dalam tinjauan atau untuk membuat diagnosis COVID-19. Sesetengah netizen di United Kingdom telah mendapat scam berupa e-mel yang seolah-olah datang daripada jabatan kesihatan rasmi National Health Service.

    Jika netizen klik pada e-mel dalam scam tersebut, mereka akan diminta untuk mengisi butiran peribadi termasuklah butiran perbankan dan kad kredit. Sebaik sahaja butiran tersebut diisi, pihak scammer kini sudah memperoleh seluruh data yang diperlukan untuk mengakses akaun bank mangsa.

    Terdapat juga scam yang menggesa netizen untuk membayar sejumlah wang bagi melengkapkan pendaftaran vaksin. Selain itu, ada e-mel yang berpura-pura sebagai wakil daripada syarikat vaksin China untuk membuat diagnosis serta memberikan picagari vaksin kepada penerima.

    Kaspersky menggesa netizen untuk lebih peka terhadap sebarang scam yang melibatkan vaksin COVID-19. Di Malaysia, kerajaan telah menegaskan bahawa sebarang pemberian vaksin akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sahaja dan pihak lain tidak dibenarkan setakat ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured