More

    Prestasi GPU pada SD 8 Gen 3 50% lebih berkuasa berbanding SD 8 Gen 2

    Qualcomm telah melancarkan cipset Snapdragon 8 Gen 2 pada akhir tahun lalu dan telah digunakan dalam kebanyakan telefon pintar segmen andalan. Tidak dinafikan bahawa SD 8 Gen 2 mempunyai peningkatan yang ketara berbanding SD 8 Gen 1 daripada segi prestasi dan kecekapan.

    Baru-baru ini, terdapat khabar angin bahawa Qualcomm akan membuatkan Snapdragon 8 Gen 3 yang akan datang lebih berprestasi dan cekap yang dijadualkan dilancarkan pada suku terakhir tahun ini. Maklumat mendedahkan bahawa terdapat peningkatan 50% dalam prestasi GPUnya.

    Menurut sumber, Qualcomm merancang untuk memperkenalkan Snapdragon 8 Gen 3 yang akan datang dengan GPU yang jauh lebih berkuasa daripada Snapdragon 8 Gen 2 yang dilengkapi Adreno 740. GPU mungkin dinamakan sebagai Adreno 750 akan menawarkan prestasi 50% lebih baik daripada SD 8 Gen 2.

    Perbezaan dalam prestasi GPU antara SD 8 Gen 2 dan Apple A16 agak ketara dan SD 8 Gen 3 yang akan datang mungkin mengekalkan pendahulunya berbanding cipset Apple A17. Snapdragon 8 Gen 3 akan menampilkan seni bina 2+3+2+1 yang unik walaupun kadar frekuensi jam belum didedahkan.

    Ia dilaporkan mencapai skor berbilang teras 6,500 mata dan skor teras tunggal sekitar 1,800 mata di Geekbench. Selanjutnya, ia dijangka akan terus menggunakan nod kelas 5 nm (N4P) daripada TSMC. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...