More

    Sebanyak 314 kes penipuan identiti direkodkan pada tahun ini, kerugian capai lebih RM2 juta

    Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan bahawa terdapat 314 kes penipuan identiti telah direkodkan pada bulan Januari hingga Mac tahun ini, melibatkan kerugian RM2 juta.

    Menurut pengarah jabatan itu Datuk Mohd Kamarudin Md Din, modus operandi sindiket yang membuat jenayah itu bertindak dengan menggodam akaun media sosial seperti WhatsApp, Telegram dan Facebook individu tertentu kemudian menyamar sebagai individu tersebut terhadap rakan-rakannya dalam media sosial.

    Sindiket itu akan menghubungi rakan-rakan individu tersebut untuk meminjam wang.

    Pemilik sebenar akaun media sosial itu hanya akan menyedari akaunnya telah digodam apabila beliau tidak dapat mengakses rekod panggilan telefon daripada rakan-rakannya yang meminta maklumat tentang pinjaman wang.

    Sebagai langkah berjaga-jaga, Mohd Kamarudin menggesa pengguna internet untuk mengaktifkan pengesahan dua langkah (two-step verification) untuk mengukuhkan keselamatan akaun media sosial.

    Selain itu, beliau menasihati rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan mesej meminta wang walaupun jika mesej itu datang daripada kenalan. Rakyat juga tidak boleh percaya mesej melibatkan nombor akaun bank yang digunakan oleh individu lain.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi pusah tindak balas JSJK di 03-26101599.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured