More

    Sebuah aplikasi “scam” berjaya melepasi penapisan App Store dengan menyamar sebagai “game”

    Platform aplikasi Apple App Store mempunyai reputasi positif di kalangan pengguna di mana ia dipercayai lebih selamat berbanding platform lain. Walau bagaimanapun, platform itu bukanlah selamat sepenuhnya dan kadang kala terdapat aplikasi scam yang berjaya membolos penapisan Apple untuk ditawarkan kepada pengguna iOS.

    Terbaru, sebuah aplikasi game bernama Jungle Runner 2k21 berjaya melepasi proses pengiktirafan oleh Apple dan telah ditawarkan dalam App Store. Walau bagaimanapun sebaik sahaja pengguna mengaktifkan VPN dan memilih pelayan (server) di Turki, aplikasi tersebut berubah kepada sebuah kasino dalam talian.

    Pengguna boleh menjudikan sejumlah wang menggunakan kad kredit atau kewangan kripto, di mana sebarang transaksi tidak perlu melepasi sistem pembayaran Apple (in-app purchase system). Ini bukan sahaja melanggar polisi Apple dengan jelas, malah aplikasi tersebut mampu beroperasi dalam App Store selama beberapa bulan dengan menyamar sebagai sebuah game.

    Mereka yang menjudikan wang pula sebenarnya tidak akan menang langsung dalam kasino maya tersebut. Pada waktu artikel ini ditulis, aplikasi tersebut telah pun dipadam daripada App Store.

    Apakah pendapat anda tentang keselamatan dalam platform aplikasi Apple ini? Kongsikannya di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured