More

    Sebuah iPhone 8 terbakar dalam kapal terbang British Airways

    Pada minggu ini, Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) dari United Kingdom telah mengeluarkan satu laporan tentang sebuah kejadian malang melibatkan sebuah iPhone 8 yang terbakar dalam pesawat British Airways.

    Dalam kejadian yang berlaku pada September 30 tahun lepas, sebuah pesawat Boeing 787 yang berlepas dari Miami, Amerika Syarikat ke London, United Kingdom mengalami masalah apabila seorang pramugari dalam kabin kelas pertama mengesan sebuah peranti yang dihubungkan ke dalam palam elektrik mula menghasilkan bau aneh.

    Telefon tersebut juga menghasilkan bunyi mendesis dan mula mengeluarkan asap berwarna kelabu. Pramugari juga mengesan bara api pada telefon tersebut, kemudian mengambil pemadam api untuk memadamkan kebakaran kecil itu.

    Sebaik sahaja juruterbang dimaklumkan mengenai insiden tersebut, beliau memulakan persiapan untuk situasi kecemasan. Mujur sekali, asap tersebut mula hilang dan bau yang aneh itu mula hilang daripada ruang kabin. Juruterbang kemudian memutuskan untuk menyambung perjalanan.

    Siasatan mendapati peranti yang terbakar itu adalah iPhone 8 edisi khas (PRODUCT)RED yang mempunyai bateri lithium terlebih panas sewaktu dicas dan telah dibengkokkan akibat mekanisme kerusi.

    iPhone 8 yang terbakar dalam kejadian ini
    Laporan oleh AAIB UK

    Kongsi pendapat anda tentang kejadian ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Auto Evolution

     

    Artikel Terkini

    Siri Acer CA1 rasmi di Malaysia: Android terbina, bateri 3 jam dan kamera 8MP...

    Siri Acer CA1 direka khas untuk fleksibiliti penggunaan di rumah menerusi tapak pemegang ErgoStand berroda yang membolehkan skrin dialihkan ke mana-mana ruang...

    Xiaomi bakal tayang robot manusia buat kali pertama kepada umum

    Presiden Kumpulan Xiaomi, Lu Weibing, mengesahkan bahawa robot keluaran mereka bakal diperkenalkan secara rasmi kepada orang ramai buat pertama kali di persidangan...

    HONOR CHOICE Headphones Max tiba di Malaysia dengan ANC 57dB dan bateri 70 Jam...

    HONOR Malaysia melancarkan produk peranti audio terbaharunya untuk pasaran tempatan melalui pengenalan fon kepala jenis over-ear HONOR CHOICE Headphones Max. Model ini...

    OpenAI lancar ChatGPT for Teens dengan perlindungan lebih ketat untuk remaja

    OpenAI melancarkan ChatGPT for Teens secara rasmi yang direka khas untuk pengguna berumur antara 13 hingga 17 tahun. Pengguna bawah umur 18...

    Boost SME dilancar: Platform perbankan digital PKS dengan faedah harian 3.0%

    Boost melancarkan Boost SME iaitu sebuah platform perbankan digital sepenuhnya yang menghimpunkan perkhidmatan kewangan, pembayaran dan perbankan dalam satu ekosistem. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured