More

    Sebuah kedai membuka pra-tempah siri Black Shark 3, senarai harga bermula RM2799

    Jika anda masih tidak tahu, Black Shark Malaysia bakal membawa masuk dan melancarkan peranti gaming yang dinanti ramai ke pasaran Malaysia pada 30 April ini. Menjelang pelancarannya dalam masa beberapa hari lagi, sebuah kedai dilihat telah menyenaraikan harga siri Black Shark 3 dengan harga bermula RM2,799.

    Sepintas lalu, siri Black Shark 3 hadir dengan paparan AMOLED 6.67-inci (90Hz). Ia dihuni cipset Qualcomm Snapdragon 865, tiga kamera utama 64MP + 13MP + 5MP dan kamera selfie 20MP. Turut hadir ialah bateri 4720mAh dengan pengecasan pantas Hyper Charge 65W. Apa yang membezakan di antara Black Shark 3 dan versi Pro adalah penawaran RAM dan ROM, serta perbezaan harga mengikut varian tersebut seperti di bawah.

    • Black Shark 3 (RAM 8GB + ROM 128GB) = RM2,799
    • Black Shark 3 (RAM 12GB + ROM 128GB) = RM3,199
    • Black Shark 3 Pro (RAM 8GB + ROM 256GB) = RM3,999
    • Black Shark 3 Pro (RAM 12GB + ROM 256GB) = RM4,199

    Kedai tersebut turut membuka pra-tempahan untuk siri Black Shark 3 tersebut. Apa pun, pastikan anda menunggu berita rasmi pelancarannya kerana biasanya terdapat beberapa penawaran menarik melalui Black Shark Malaysia. Untuk menyemak spesifikasi lanjut, anda boleh ke pautan ini.

    Adakah anda akan memilikinya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: DirectD

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured