More

    Sebuah telefon vivo mungkin hadir dengan Snapdragon 870, skrin OLED 120Hz

    Terkini, terdapat sumber yang melaporkan bahawa sebuah peranti dengan Snapdragon 870 bakal dilancar sekitar bulan Mac 2021. Peranti ini didakwa sebagai peranti dari vivo atau iQOO.

    Walaupun ada yang mendakwa ia adalah salah satu model iQOO 5, namun kedua-dua pihak iQOO 5 dan vivo masih tidak mengeluarkan pengesahan mengenainya. Peranti ini dilapor bakal hadir dengan Snapdragon 870, paparan OLED 120Hz, bateri 4400mAh, skrin bertakuk dan sokongan cas pantas 65W. Ia juga dilapor memiliki sensor kamera Sony IMX598 dengan penstabilan OIS.

    Terdapat sumber yang pernah mengongsikan gambar dan maklumat iQOO 5 (rujuk gambar di bawah) yang memiliki beberapa spesifikasi sama seperti spesifikasi peranti misteri yang dinyatakan di atas. Namun, mungkin juga peranti misteri di atas dengan iQOO 5 adalah dua peranti yang berbeza yang hanya memiliki beberapa persamaan.

    Untuk pengetahuan anda, jenama iQOO adalah jenama di bawah naungan vivo dan peranti ini hanya dilancar di China dan India setakat ini. Apakah pandangan anda mengenai peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured