fbpx
More

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang siri iPhone 14!

    Apple akhirnya sudah melancarkan siri telefon pintar yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini iaitu iPhone 14. Sebagai jenama telefon yang paling popular di Malaysia, siri iPhone 14 menawarkan banyak penambahbaikan daripada iPhone 13 dan dalam artikel ini, kami akan senaraikan ciri-ciri iPhone 14 yang paling menarik untuk anda.

    Jadi ayuh kita lihat sama ada ciri-ciri baharu iPhone 14 ini layak menjadi peranti anda yang seterusnya:

    Tidak perlu beli varian Pro untuk skrin besar

    Pada tahun ini, untuk siri iPhone 14 standard, Apple telah membatalkan varian “mini” dan sebaliknya telah menggantikannya dengan varian Plus yang menawarkan saiz skrin besar. Siri iPhone 14 standard terdiri daripada iPhone 14 dengan saiz skrin 6.1 inci dan iPhone 14 Plus pula dengan skrin 6.7 inci.

    iPhone 14 (kiri) dan iPhone 14 Plus (kanan)

    Ini bermaksud anda tidak perlu membeli varian Pro jika anda inginkan sebuah iPhone dengan skrin besar. Sebelum ini, anda perlu membeli varian Pro yang lebih mahal jika anda mengutamakan saiz skrin. Dengan iPhone 14, anda tidak perlu lagi berbelanja lebih untuk varian Pro jika anda inginkan saiz skrin yang besar.

    Selain daripada saiz skrin, tidak banyak yang berbeza di antara iPhone 14 dengan iPhone 13. Telefon baru ini masih mempunyai paparan Super Retina XDR dengan kadar segar semula 60Hz dan dibina dengan kaca Ceramic Shield untuk ketahanan tertinggi.

    Untuk varian Pro pula, saiz skrin masih kekal seperti sebelum ini. iPhone 14 Pro mempunyai skrin 6.1 inci manakala iPhone 14 Pro Max mempunyai skrin 6.7 inci. Fungsi ProMotion yang menawarkan kadar segar semula 120Hz masih dihadkan untuk varian Pro sahaja.

    Tiada lagi notch tebal

    Apple akhirnya telah membuang takuk (notch) tebal yang terdapat pada skrin iPhone sebelum ini. Untuk iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max, Apple memperkenalkan Pulau Dinamik (Dynamic Island) iaitu sebuah lubang tebuk berbentuk pil di bahagian atas skrin bagi menempatkan kamera swafoto dan sensor Face ID.

    Lubang Dynamic Island pada skrin iPhone 14

    Saiz takuk Pulau Dinamik ini akan berubah mengikut notifikasi aplikasi yang dipaparkan seperti mesej, Face ID, pembayaran, muzik atau skor sukan.

    Malang sekali, Pulau Dinamik hanya akan ditawarkan dalam varian Pro. Varian iPhone 14 standard masih mempunyai takuk tebal yang terdapat pada iPhone sebelum ini.

    Skrin sentiasa hidup (always-on display)

    Apple turut menawarkan fungsi skrin sentiasa hidup (always-on display) yang sudah pun terdapat pada telefon Android sejak beberapa tahun lalu. Ini bermaksud skrin iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max boleh memaparkan maklumat ringkas seperti waktu, tarikh dan notifikasi kecil walaupun skrinnya tidak dihidupkan sepenuhnya.

    Sungguh pun begitu, fungsi ini tidak ditawarkan dalam iPhone 14 dan iPhone 14 Plus.

    Contoh AOD

    Tiada lagi kad SIM?

    Untuk para pelanggan di Amerika Syarikat (AS), siri iPhone 14 tidak lagi mempunyai ruang kad SIM dan sebaliknya ia akan digantikan dengan hubungan eSIM sahaja. Ini bermaksud pelanggan perlu mendaftarkan diri untuk mendapatkan eSIM jika mereka ingin menggunakan iPhone 14 dan model tahun-tahun akan datang.

    iPhone 14 akan mula menggunakan eSIM

    Perkara ini tidak akan diperkenalkan di Malaysia kerana iPhone 14 yang dijual di sini masih mempunyai ruang kad SIM. Sungguh pun begitu, ini adalah sebuah petanda menarik yang menunjukkan eSIM mungkin akan turut diperkenalkan di Malaysia dalam masa beberapa tahun lagi.

    Cip A16 Bionic – untuk golongan kayangan sahaja

    Biasanya apabile Apple memperkenalkan iPhone baharu, semua varian iPhone tersebut bakal dilengkapi cipset A Bionic yang terbaru. Sungguh pun begitu, untuk siri iPhone 14, tidak semua varian dilengkapi cipset yang sama.

    iPhone 14 dan iPhone 14 Pro Plus bakal dilengkapi cipset A15 Bionic yang terdapat pada siri iPhone 13 sebelum ini, namun dalam versi yang diperbaharui. Hanya varian iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Plus sahaja yang bakal dilengkapi cipset paling baharu iaitu A16 Bionic.

    Apple mengatakan A16 Bionic dengan CPU enam teras ini adalah 40% lebih pantas daripada pesaingnya, namun mereka tidak menyatakan secara spesifik siapakah pesaing tersebut.

    Kamera utama kini 48MP

    Untuk pertama kali dalam sejarah iPhone, kamera utamanya tidak dihadkan kepada 12MP dan kini varian terpilih mempunyai kamera 48MP. iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max bakal mempunyai kamera utama 48MP dengan saiz sensor yang lebih besar sebanyak 65% berbanding iPhone 13 Pro. Ini membenarkannya untuk menangkap lebih banyak cahaya bagi kualiti gambar yang lebih jelas.

    Selain itu, Apple turut menawarkan pemprosesan Photonic Engine baharu yang memperbaharui kebolehan fotografi berbanding iPhone 13 Pro. Kamera ultra-lebar 12MP turut mempunyai saiz sensor yang lebih besar, manakala kamera telefoto masih 12MP.

    Untuk varian iPhone 14 dan iPhone 14 Plus pula, Apple mengatakan kamera utama 12MP padanya telah diperbaharui dengan saiz sensor dan piksel yang lebih besar daripada iPhone 13, serta prestasi penggambaran malap yang lebih cantik sebanyak 49%.

    Kamera swafoto 12MP TrueDepth turut diperbaharui, dengan nilai apertur sebesar f/1.9 untuk penggambaran waktu malam yang lebih jelas dan pengenalan autofokus untuk swafoto.

    Semua varian iPhone 14 bakal menerima Action Mode iaitu sebuah mod khas yang akan menstabilkan video dengan tinggi sewaktu anda membuat aktiviti yang banyak bergerak seperti berlari atau berbasikal.

    Hubungan satelit untuk kecemasan

    Buat kali pertama, hubungan satelit telah diperkenalkan untuk iPhone. Jika anda berada di kawasan yang tidak mempunyai liputan telekomunikasi, anda boleh gunakan mana-mana varian iPhone 14 untuk menghantar mesej kecemasan SOS melalui hubungan satelit. Anda juga boleh menggunakannya untuk berkongsi lokasi kepada ahli keluarga melalui aplikasi Find My.

    Perkhidmatan hubungan satelit hanya akan diperkenalkan di AS dan Kanada buat masa ini dan ia akan disediakan secara percuma untuk dua tahun pertama. Ini mungkin menandakan bahawa hubungan satelit ini perlu dilanggan pada masa hadapan.

    Selain itu, iPhone 14 juga boleh mengesan secara automatik jika anda terlibat dalam sebuah kemalangan jalanraya dan tidak boleh mencapai iPhone. Dalam situasi sedemikian, iPhone 14 akan menghubungi perkhidmatan kecemasan secara automatik. Ini adalah fungsi sama yang terdapat pada jam tangan Apple Watch Series 8.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri iPhone 14 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Fahmi Fadzil: Kerajaan akan bincang mengenai model rangkaian dwi 5G minggu depan

    Satu mesyuarat mengenai model rangkaian dwi 5G dijangka diadakan minggu depan menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Beliau mendedahkan perkara ini semasa pelancaran...

    Jualan Xiaomi 14 Ultra catat peningkatan lebih 4 kali ganda berbanding Xiaomi 13 Ultra

    Telefon pintar andalan terbaru daripada Xiaomi, Xiaomi 14 Ultra, baru sahaja dilancar pada awal bulan ini dan ia telah pun mencatatkan jumlah...

    Samsung Galaxy AI akan ditawarkan kepada lebih banyak peranti selain Galaxy S24

    Sewaktu pelancaran siri Samsung Galaxy S24 pada awal tahun ini, Samsung telah melancarkan beberapa fungsi berdasarkan kecerdasan buatan (AI) iaitu Galaxy AI....

    Tengku Zafrul: Perodua akan hasilkan EV mampu milik pada 2025, perlu naikkan jumlah stesen...

    Pada awal tahun ini, Perodua dilaporkan sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa bagi menghasilkan kenderaan elektriknya (EV) yang pertama untuk pasaran...

    Siri vivo X Fold 3 rasmi sebagai telefon boleh lipat paling ringan, harga bermula...

    vivo telah melancarkan siri X Fold 3 hari ini di China dengan varian standard dan pro. Siri ini hadir dengan paparan OLED...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X