fbpx
More

    Sejauh manakah prestasi Samsung Galaxy S22 Ultra 5G?

    Samsung Galaxy S22 Ultra 5G adalah telefon pintar Samsung yang paling premium pada waktu ini, terutamanya apabila ia digabungkan dengan stilus dalaman (built-in stylus) untuk membantu anda melaksanakan pelbagai tugasan menulis dengan mudah. Selain itu, ia dilengkapi cipset telefon tercanggih daripada Qualcomm setakat ini iaitu Snapdragon 8 Gen 1 yang menjanjikan prestasi terpantas untuk Galaxy S22 Ultra.

    Jadi bagaimanakah kehadiran cipset ini akan mempengaruhi kegunaan harian Galaxy S22 Ultra? Sudah tentu sebarang jenis aplikasi boleh diakses dengan sangat pantas, termasuklah aplikasi pemesejan, media sosial, pelayaran internet, e-dompet, peta digital, tontonan filem dan sebagainya.

    Galaxy S22 Ultra mencatatkan markah yang sangat tinggi dalam penanda aras Geekbench
    3DMark juga turut menunjukkan markah yang tinggi berbanding peranti lain

    Memandangkan ini adalah sebuah telefon berprestasi tinggi, Galaxy S22 Ultra memang boleh menghasilkan pengalaman yang sangat mengasyikkan sewaktu bermain game. Saya memainkan game seperti COD Mobile, PUBG Mobile, Asphalt 9 dan Apex Legends Mobile dan telefon ini boleh memainkannya tanpa sebarang masalah.

    Saya sudah memainkan game Genshin Impact iaitu game yang sangat memerlukan prestasi pantas daripada cipset telefon dan telefon ini boleh memainkannya dengan lancar dalam tetapan grafik tinggi, walaupun dalam tempoh masa yang lama.

    Genshin Impact boleh dimainkan pada tetapan grafik tertinggi dalam Galaxy S22 Ultra

    Sungguh pun begitu, cipset andalan (flagship) Snapdragon selalunya terkenal dengan masalah haba di mana telefon yang dilengkapi cipset ini boleh jadi terlalu panas sewaktu bermain game.

    Bagi mengatasi masalah ini, Galaxy S22 Ultra dilengkapi material perantaraan haba (thermal interface material) Gel TIM pada cipset Snapdragon 8 Gen 1 bagi meningkatkan pelesapan haba sebanyak 3.5 kali ganda lebih tinggi berbanding Galaxy S21 Ultra sewaktu tugasan berat. 

    Sepanjang saya bermain game dalam Galaxy S22 Ultra, telefon ini tidak pernah menjadi terlalu panas. Seperti yang dijangkakan, permukaan belakangnya menjadi suam selepas bermain game selama 30 minit, namun suhunya kekal sekata dan telefon ini masih selesa dipegang untuk sesi gaming yang lama.

    Sesi gaming selama 34 minit menggunakan cas bateri sebanyak 12% (100% ke 88%)
    Bateri Galaxy S22 Ultra boleh menghidupkan skrin (screen on time) selama lebih 14 jam, iaitu hayat yang sangat baik untuk

    Bagi membekalkan tenaga yang cukup untuk aplikasi berprestasi tinggi, Galaxy S22 Ultra dilengkapi bateri besar 5,000mAh dan ia pasti boleh bertahan selama lebih daripada sehari walaupun dengan penggunaan berat. Saya menguji hayat baterinya dan ia mencatatkan masa hidup skrin (screen on time) sekitar 14 jam, iaitu hayat yang sangat lama.

    Selain bateri besar, Galaxy S22 Ultra juga mempunyai kadar pengecasan pantas 45W namun malangnya anda tidak akan menerima pengecas pada kadar itu dalam kotak telefon ini. Saya juga tidak memiliki pengecas yang boleh membekalkan pengecasan 45W jadi saya terpaksa menggunakan pengecas 30W dan ia boleh mengecas bateri Galaxy S22 Ultra dalam masa sekitar 1 jam 15 minit.

    Pengecasan pantas super (super fast charging) menggunakan pengecas 30W, daripada 1% ke 96% mengambil masa 1 jam 14 minit

    Satu ciri utama pada Galaxy S22 Ultra adalah stilus S Pen yang disertakan dalam badannya dan saya amat berpuas hati dengan penggunaannya. Dengan tindak balas sepantas 2.8 milisaat, ini adalah stilus Samsung yang paling responsif dan ia tidak mempunyai sebarang lag.

    Saya sebenarnya bukanlah seorang pengguna yang kerap menggunakan stilus tetapi jika anda selalu bergantung pada aksesori ini untuk tugas harian, anda pasti akan berpuas hati dengan S Pen terbaru ini.

    Beberapa lakaran kasar yang dilukis menggunakan stilus Galaxy S22 Ultra
    Tiada langsung “lag” sewaktu anda menulis menggunakan S Pen

    Samsung S22 Ultra 5G dijual di Malaysia pada harga bermula RM5,099. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung Galaxy S22 Ultra 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured