More

    Sektor pusat data bakal guna 31% tenaga elektrik Malaysia menjelang 2035

    Penggunaan tenaga elektrik oleh sektor pusat data AI di Malaysia dijangka meningkat secara signifikan kepada 31 peratus bersamaan 73,274 gigawatt-jam (GWh) menjelang tahun 2035. Ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding kadar 7 peratus atau 10,544 GWh yang dicatatkan pada tahun 2026.

    Pertumbuhan pesat industri kecerdasan buatan (AI) dan pusat data dikenal pasti menjadi punca utama kepada peningkatan permintaan puncak elektrik negara. Di Semenanjung Malaysia, permintaan puncak diunjurkan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan komposit (CAGR) sebanyak 5.1 peratus dalam tempoh antara tahun 2026 dan 2035 iaitu melonjak daripada 21.3 GW kepada 33.5 GW.

    Bagi memastikan kestabilan bekalan elektrik, kerajaan bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) melaksanakan langkah jangka pendek dengan melanjutkan operasi loji janakuasa terma sedia ada. Pihak suruhanjaya turut menjalankan bidaan terbuka bagi menambah kapasiti penjanaan berasaskan gas untuk memperkukuh kuasa beban asas di Semenanjung Malaysia.

    Pusat data turut ditawarkan pilihan membeli tenaga boleh baharu secara terus daripada pemaju swasta melalui sistem akses pihak ketiga di bawah Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS). Selain itu, projek Suria Berskala Besar (LSS) di bawah program LSS5 dan LSS5+ sedang dibangunkan untuk menambah 4 GW kapasiti tenaga boleh baharu ke dalam sistem pembekalan elektrik.

    Pihak kerajaan turut menggalakkan syarikat pusat data untuk menjana tenaga elektrik sendiri bagi memenuhi keperluan fasiliti masing-masing demi mengurangkan kebergantungan kepada rangkaian grid nasional. Proses penapisan ketat terhadap permohonan pusat data baharu serta cadangan peluasan kapasiti fasiliti sedia ada kini dikendalikan oleh Pasukan Tugasan Pusat Data (DCTF).

    Kelulusan hanya akan diberikan sekiranya permohonan tersebut selaras dengan perancangan kapasiti grid tempatan tanpa menjejaskan keandalan bekalan elektrik kepada orang awam.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured