More

    Selangor kini memiliki mesin ‘Jetpatcher’ yang mampu menampal lubang dalam masa 15 minit sahaja

    Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini telah menerima mesin Jetpatcher pertama bernilai RM1 juta yang diperoleh dari UK. Ia akan digunakan untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan jalan di negeri itu.

    Menerusi X, Infrasel berkongsi bahawa mesin Jetpacher telah disampaikan semasa Majlis Pelancaran Projek Jetpacher & Mega Paving 2024 di Dataran Pahlawan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Mesin ini akan memainkan peranan penting dalam usaha menambah baik infrastruktur jalan raya di negeri Selangor khususnya semasa Program Turapan Mega 2024.

    Mesin Jetpacher yang bernilai RM1 juta itu boleh menampal lubang dalam hanya 15 minit berbanding lebih 1 jam yang diperlukan menggunakan kaedah konvensional. Selain itu, mesin itu membolehkan tenaga kerja yang minimum untuk menyelesaikan pembaikan di setiap tapak berbanding 15 orang yang diperlukan dalam kaedah konvensional.

    Tambahan, mesin Jetpacher juga boleh menampal kira-kira 80 lubang dalam satu hari jika digunakan secara berterusan. Apa pendapat anda tentang mesin terbaharu ini? Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured