More

    Kerajaan Selangor lancarkan portal tuisyen percuma untuk bantu pelajar ambil SPM dan STPM

    Kerajaan negeri Selangor telah melancarkan portal pendidikan Pusat Tuisyen Rakyat Selangor atau ePTRS.my yang dikhaskan untuk para pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam masa terdekat.

    Portal tersebut menampilkan beberapa video yang bertujuan mengajar penonton cara untuk menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan. Antara subjek yang diajar dalam portal ini adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah, Matematik, Pengajian AM dan MUET.

    Semua pelajar Selangor dan di seluruh negara boleh mengakses ePTRS secara percuma. Selain itu, setiap sekolah dalam negeri Selangor juga telah diberi ID untuk mereka mengakses ke dalam platform ePTRS. Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berharap ePTRS dapat membantu pembelajaran dalam norma baharu dan mencegah masalah keciciran pendidikan.

    ePTRS menampilkan pelbagai kelas tuisyen khas untuk pelajar SPM dan STPM

    ePTRS akan dikemas kini dari semasa ke semasa seiring dengan keperluan pembelajaran. Beritahu kami di Facebook jika anda akan memanfaatkan ePTRS dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured