More

    Selepas 8 tahun, Nintendo Switch 2 akhirnya diumumkan secara rasmi

    Lapan tahun selepas pelancaran Nintendo Switch pertama, Nintendo akhirnya membawa pembaharuan. Nintendo Switch 2 akhirnya disahkan dan sebuah video pengacah rasmi baharu memberikan pandangan pertama mengenai konsol hibrid generasi baharu ini.

    Switch 2 sebelum ini menjadi bahan spekulasi dengan pelbagai kebocoran dan khabar angin yang hampir mendedahkan segalanya lebih awal. Namun, Nintendo memilih untuk membuat pengumuman rasmi menerusi saluran YouTube rasminya.

    Dalam video tersebut, kita dapat melihat reka bentuk baharu yang menampilkan Joy Cons magnetik, butang baharu, penyandar boleh laras dan skrin yang lebih besar. Joy Cons baharu ini dijangka mengatasi masalah “stick drift” yang sering dilaporkan pengguna.

    Bukan itu sahaja, Nintendo turut mengumumkan permainan Mario Kart baharu yang dijangka dilancarkan bersama konsol ini. Sama seperti pendahulunya, Switch 2 akan menyokong mod permainan mudah alih dan mod docked. Tambahan menarik ialah sokongan untuk permainan Nintendo Switch sama ada versi digital mahupun fizikal.

    Walaupun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan, Switch 2 disahkan bakal berada di pasaran pada suku ketiga tahun 2025. Beritahu kami di Facebook jika berminat dengan Nintendo Switch 2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...