More

    Selepas Apple dan Samsung, OnePlus pula dikhabarkan akan hasilkan pengesan objek pintar

    Baru-baru ini, Apple dan Samsung telah melancarkan pengesan objek pintar jenama mereka yang hadir dengan nama Galaxy SmartTag dan Apple AirTag. Kini, syarikat pengeluar telefon pintar yang lain pula ingin melakukan perkara yang sama. Terbaru, di dalam talian OnePlus dilihat telah menfailkan nama ‘OnePlus Tag’.

    Berdasarkan penyenaraian tersebut, pada 18 Mei lalu, OnePlus telah menempah nama OnePlus Tag. Ini bermakna OnePlus mempunyai perancangan untuk bersaing dengan Apple dan Samsung di dalam pasaran pengesan objek pintar.

    Selain itu, ini juga memberi petanda bahawa peranti masa hadapan OnePlus mungkin menyokong jaringan ultra lebar (Ultra Wideband).

    Namun begitu, ia tidak bermakna OnePlus akan melancarkan peranti tersebut dalam masa terdekat. Terdapat juga kemungkinan bahawa ia tidak akan dihasilkan.

    Terdapat juga berita tentang syarikat OPPO yang ingin juga terlibat di dalam pasaran ini.

    Adakah anda setuju dengan langkah OnePlus ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured