More

    Selepas Apple, Samsung turut halang pengguna memuatkan aplikasi pihak ke-3

    Samsung awal bulan ini telah berkongsi siaran tentang perlindungan peranti Galaxy dengan ciri Auto Blocker. OneUI 6 Samsung berdasarkan Android 14 dilengkapi dengan ciri keselamatan yang dipanggil Auto Blocker yang terletak dalam tetapan Keselamatan dan Privasi.

    Ciri tersebut dilaporkan melindungi peranti Galaxy dengan menghalang pemasangan aplikasi daripada sumber yang tidak dibenarkan. Auto Blocker didayakan secara automatik, namun, pengguna boleh melumpuhkannya dalam tetapan. Memasang aplikasi daripada sumber pihak ketiga kadangkala boleh berisiko untuk keselamatan peranti.

    Auto Blocker menyekat sepenuhnya pemasangan aplikasi daripada sumber yang tidak dibenarkan walaupun sumber itu telah diberikan kebenaran REQUEST_INSTALL_PACKAGES. Pengguna peranti yang mendapat ciri melalui kemas kini OneUI 6.1.1 boleh melumpuhkannya dengan mudah dengan pergi ke Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Auto Blocker.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured