More

    Selepas capai 3,000 tempahan, PRO-NET lanjutkan tawaran istimewa Proton e.MAS 7!

    PRO-NET, anak syarikat PROTON, mengumumkan lanjutan pakej pelancaran istimewa untuk Proton e.MAS 7 selepas menerima sambutan luar biasa. Dalam tempoh kurang sebulan, lebih 3,000 tempahan telah direkodkan bagi EV nasional pertama ini.

    Kini, pakej Power Pack yang menawarkan rebat sehingga RM4,000 dilanjutkan kepada 3,000 pelanggan lagi menjadikan jumlah keseluruhan 6,000 pelanggan pertama layak menerima tawaran eksklusif ini. Proton e.MAS 7, yang dilancarkan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim Disember lalu, menampilkan inovasi, prestasi cemerlang dan harga mampu milik.

    Dengan rebat lanjutan, harga e.MAS 7 bermula serendah RM105,800 untuk varian Prime dan varian Premium bermula RM 119,800 di Semenanjung Malaysia. Selain itu, lima pakej pelancaran istimewa terus ditawarkan termasuk pengecas rumah percuma, data internet tanpa had lima tahun dan jaminan kenderaan jarak tanpa had selama enam tahun.

    Pelanggan boleh membuat tempahan di semua pengedar Proton e.MAS atau melalui laman web rasmi. Untuk kemudahan tambahan, aplikasi Proton e.MAS menyediakan akses mudah kepada perkhidmatan berkaitan EV.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Proton e.MAS 7 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured