More

    Selepas CBU, Dongfeng dan Volt Auto kini sasar CKD di Malaysia

    Dongfeng dan Volt Auto mengesahkan komitmen jangka panjang mereka terhadap pasaran Malaysia menerusi sesi media baru-baru ini termasuk berkongsi perkembangan terkini berkaitan hala tuju dan pelan pertumbuhan syarikat dalam industri EV tempatan.

    Volt Auto turut mengulas pengumuman Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai nilai minimum CIF bagi EV import sepenuhnya (CBU) dengan menyifatkan langkah itu sebagai perkembangan positif untuk industri EV negara.

    Syarikat itu juga mengesahkan bahawa pelan pemasangan tempatan (CKD) sudah termasuk dalam roadmap tahun ini selari dengan hala tuju kerajaan untuk memperkukuh industri EV tempatan. Bagaimanapun, butiran lanjut masih belum diumumkan kerana melibatkan klausa kerahsiaan.

    Selain itu, Volt Auto menegaskan bahawa sokongan selepas jualan akan menjadi antara fokus utama dalam pemilihan rakan pengedar bagi memastikan keyakinan pemilikan jangka panjang dalam kalangan pelanggan.

    Dalam perkembangan sama, Dongfeng kini menjalankan kempen Dongfeng Brand Ambassador sehingga 31 Julai 2026 bagi meningkatkan keterlihatan jenama di Malaysia termasuk membuka penyertaan kepada media dan pencipta kandungan tempatan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured