More

    Selepas iPhone 16, jualan Google Pixel turut diharamkan di Indonesia

    Selepas mengharamkan penjualan siri iPhone 16, Indonesia turut melakukan perkara yang sama terhadapat jualan telefon Google Pixel di negara tersebut. Hal ini kerana Google tidak memenuhi syarat pelaburan yang ditetapkan oleh TKDN (Tingkat Komponen Dalam Negeri) yang mengharuskan produk elektronik mengandungi 40 peratus komponen tempatan.

    Kerajaan Indonesia berpendapat bahawa syarat ini penting untuk menggalakkan pembangunan industri tempatan dan memastikan keselamatan pengguna. Penjualan Google Pixel ditangguhkan setelah pemeriksaan mendapati ia tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Komunikasi dan Informatika.

    Keputusan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna yang mungkin ingin mendapatkan telefon Pixel dan memaksa mereka untuk mempertimbangkan pilihan lain bagi mematuhi regulasi tersebut. Ini juga mencerminkan cabaran yang dihadapi oleh syarikat teknologi asing dalam memasuki pasaran Indonesia di mana peraturan yang ketat semakin ketara.

    Dengan langkah ini, Indonesia menunjukkan komitmennya terhadap pengawalan pasaran teknologi dan penggalakan penggunaan produk tempatan. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured