More

    Selepas pelancaran HONOR Play 9A, mungkinkah HONOR Play 4T pada 9 April ini?

    Jika sebelum ini HONOR melancarkan telefon pintar kelas permulaan HONOR Play 9A di China, mungkinkah mereka mengambil langkah pantas untuk melancarkan HONOR Play 4T pula? Terkini, sumber telah melaporkan maklumat tidak rasmi berkenaan HONOR Play 4T yang mungkin bakal hadir ke pasaran teknologi pada 9 April ini.

    Sumber melaporkan HONOR Play 4T bakal dilengkapi cipset Kirin 810, bateri 4000 mAH dan pengecasan pantas 22.5W. Jika melihat pada poster tidak rasmi ini, kita dapat melihat paparan tanpa takuknya. Sebagai tambahan kepada aspek paparan, sumber turut melaporkan ciri panel OLED dan resolusi FullHD+.

    Berkenaan kamera, ia dikatakan dihuni tetapan tiga kamera utama 48MP + 8MP + 2MP dan kamera selfie 16MP. Apa pun, harus diingatkan bahawa semua maklumat ini adalah tidak rasmi kerana HONOR masih belum mengeluarkan apa-apa maklumat rasmi.

    Adakah anda berminat jika ianya benar? Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured