More

    Selesa, bersih, jimat: Penghawa dingin 3 dalam 1 dengan Coway P-Series

    Nak naik taraf rumah tanpa kena rabak poket? Inilah dia penghawa dingin Coway P-Series. Penyaman udara generasi baru yang bergaya, berkuasa dan sangat berbaloi. Diperkenalkan dengan semangat “Big Power, Small Price”, Coway P-Series menyatukan prestasi penyejukan yang hebat, ciri inovatif dan reka bentuk moden di mana semua ini dengan harga mampu milik.

    Iklim tropika di Malaysia agak mencabar dengan panas secara tiba-tiba. Namun, dengan Coway P-Series, anda dapat penyejukan berkuasa serta 6 tahap penjagaan kebersihan yang bukan sahaja menyejukkan dengan cepat, tetapi juga membersihkan udara dengan lebih sihat. Dengan aliran udara dinamik dan kecekapan tenaga, anda akan lebih selesa dan boleh menjimatkan bil elektrik.

    Coway P-Series bukan hanya berfokuskan fungsi tetapi juga memberikan gaya hidup mewah. Bayangkan rumah anda sejuk semasa jamuan keluarga tanpa perlu berebut kipas atau bilik kerja di rumah yang tidak lagi rasa seperti sauna. Dengan fungsi pembersihan kendiri yang rendah penyelenggaraan dan nilai tahan lama, Coway P-Series menyatu sempurna dengan rutin harian tidak kira ketika berehat, bekerja atau bermain bersama haiwan kesayangan.

    Akhir kata, Coway P-Series bukan sekadar penyaman udara mampu milik, ia juga merupakan satu peningkatan hidup. Untuk anda yang mahukan nilai hebat, keselesaan dan kesihatan dalam satu pakej bergaya, inilah penyelesaian penyejukan yang anda cari. Sesuai untuk pemilik rumah baru, pasangan baru berkahwin, pencinta haiwan peliharaan dan keluarga yang inginkan keselesaan serta kualiti udara yang lebih baik.

    Hanya RM110/ bulan memberikan anda segalanya dengan lebih berpatutan! Bagi mereka yang berminat, anda boleh lawati laman web rasmi Coway untuk tahu lebih lanjut mengenai Coway P-Series. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...