More

    Sempena kejayaan capai 1 juta perjalanan di Malaysia, airasia ride tawarkan perkhidmatan percuma hari ini

    Semalam, aplikasi Super airasia berkongsi peristiwa penting apabila perkhidmatan seru-pandu berjaya mencapai perjalanan mencecah satu juta dalam tempoh 8 bulan. Oleh itu, ia meraikannya dengan menawarkan perkhidmatan percuma dalam slot masa tertentu hari ini (28 April 2022).

    Slot masa adalah dari 10 pagi hingga 12 tengah hari, 2 petang hingga 4 petang dan 8 malam hingga 10 malam. Tiada kod promosi diperlukan untuk mendapatkan perjalanan percuma menaiki airasia pada slot masa yang dinyatakan walaupun terdapat penebusan baucar terhad.

    Tambahan pula, terdapat had RM10 untuk perjalanan percuma itu. Oleh itu, jika perjalanan bernilai lebih daripada RM10, pengguna perlu menambah jumlah tersebut. Dalam satu kenyataan semalam, airasia Super App berkata dalam tempoh kurang dari setahun perkhidmatan ini telah berkembang ke 10 bandar di seluruh Malaysia.

    Ini termasuklah Lembah Klang, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Alor Setar, Kota Bharu dan Kuala Terengganu. Perkhidmatan ini juga telah melancarkan ciri pemandu komuniti seperti LadiesOnly dan akan berkembang ke Thailand pada suku ini manakala Indonesia serta Filipina menjelang suku berikutnya.

    Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan percuma pada perjalanan airasia hari ini, sila layari laman rasmi di sini. Untuk menempah perjalanan airasia anda, sila klik sini. Apa pendapat anda tentang promosi perjalanan percuma ini?

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured