More

    Sempurnakan setiap gaya dan potret anda dengan ZEISS vivo V40 Pro

    Dalam dunia yang penuh dengan pilihan, mencari telefon pintar yang benar-benar mencuri perhatian bukanlah mudah. Tetapi dengan kehadiran vivo V40 Pro, pencarian anda berakhir di sini. vivo V40 Pro bukan sekadar peranti, ia adalah revolusi yang mentakrifkan semula apa yang mampu ditawarkan oleh sebuah telefon pintar. Dengan teknologi kamera termaju dan prestasi bateri yang mengagumkan, V40 Pro direka untuk memenuhi dan melebihi jangkaan, menjadikannya pilihan yang sempurna bagi mereka yang menghargai kualiti dan inovasi.

    Apa yang membezakan vivo V40 Pro adalah keupayaannya dalam fotografi mudah alih. Dengan kamera utama ZEISS 50MP, setiap tangkapan adalah karya seni. Anda dapat menikmati kehebatan optik ZEISS pada kedua-dua model dengan pengalaman fotografi berkualiti studio.

    Sama ada anda ingin menangkap pemandangan yang memukau atau potret jarak dekat yang mempesonakan, V40 Pro menawarkan lima pilihan jarak fokal iaitu 24mm, 35mm, 50mm, 85mm dan 100mm untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dengan mudah. Sementara itu, V40 pula menyediakan tiga jarak fokal pada 24mm, 35mm, 50mm yang masih mampu menghasilkan gambar yang jelas dan hidup, memastikan setiap butiran ditangkap dengan tepat. Kedua-dua model ini menjadikan fotografi mudah alih satu pengalaman yang luar biasa, sesuai untuk mereka yang menghargai seni dalam setiap tangkapan.

    Selain itu, ciri AI Erase pada V40 Pro memastikan setiap gambar anda bebas daripada photobomb atau objek yang tidak diingini, memberikan fokus yang sempurna pada subjek utama. Dengan keupayaan ini, tidak hairanlah V40 Pro diiktiraf sebagai kamera belakang terbaik dalam pasaran kelas pertengahan tinggi. Siri ini bukan sekadar alat, tetapi sebuah rakan fotografi yang anda boleh percaya untuk mengabadikan setiap detik berharga dengan sempurna.

    Bila bercakap tentang prestasi, V40 Pro benar-benar membawa revolusi dalam cara kita melihat telefon pintar. Dikuasai oleh bateri 5,500mAh BlueVolt yang berkuasa, V40 Pro direka khusus untuk pengguna yang memerlukan ketahanan bateri sepanjang hari, walaupun ketika berdepan dengan aktiviti yang paling mencabar.

    Bayangkan seharian menggunakan Waze untuk navigasi, menstrim video dan terus berhubung dengan dunia media sosial tanpa perlu risau tentang kehabisan bateri. Dengan ketahanan sehingga 16 jam, V40 Pro menjadi rakan setia bagi mereka yang sentiasa bergerak dan aktif, memastikan anda kekal produktif sepanjang hari.

    V40 Pro bukan sekadar tentang prestasi hebat, tetapi juga sebuah karya seni visual. Reka bentuknya yang anggun, lengkap dengan pelbagai pilihan warna memancarkan keanggunan dan kelembutan, menjadikan telefon ini bukan sahaja elegan tetapi juga menambah sentuhan mewah dalam kehidupan harian anda. V40 hadir dalam pilihan warna seperti Stella Silver, Nebula Purple dan Sunglow Peach manakala V40 Pro menampilkan warna Moonlight White dan Stellar Silver. Dengan siri V40, anda mendapat kombinasi sempurna antara kecantikan dan prestasi yang mengagumkan.

    Ketahanan adalah satu lagi ciri utama V40 Pro. Dengan penarafan IP68, kedua-dua V40 Pro dan V40 mempunyai kalis habuk dan air, memberikan anda ketenangan fikiran di mana sahaja pengembaraan anda. Kini, vivo V40 Pro bukan sekadar telefon pintar, ia menunjukkan satu peranti inovasi dan kualiti. Dengan teknologi kamera yang tiada tandingan, hayat bateri yang tahan lama dan reka bentuk yang elegan, telefon pintar ini menonjol sebagai pilihan terbaik dalam pasaran kelas pertengahan tinggi. 

    "
    "

    Oleh itu, alami masa depan telefon pintar dengan vivo V40 Pro di mana teknologi termaju bertemu dengan reka bentuk yang abadi. Anda boleh mendapatkan vivo V40 Pro melalui pelbagai platform di sini dengan satu klik. Hanya pilih dan hadiah menarik menanti anda!

    Jualan pertama siri vivo V40 di mana versi standard berharga RM1,999 untuk 256GB dan RM2,399 bagi 512GB dan vivo V40 Pro berharga RM3,299. Promosi ini juga menawarkan hadiah percuma seperti DJI OSMO Mobile SE (bernilai RM459), vivo Selection Smart Watch (bernilai RM129), waranti tambahan bersama perlindungan skrin 180 hari dan baucar vivo WATCH 3 bernilai RM199.

    Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh vivo Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured