More

    Semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL kini terima kad debit, kredit

    Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan awam rel Rapid KL mengumumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan pelanggannya sudah mula menerima kaedah pembayaran melalui kad debit atau kad kredit sejak semalam.

    Dalam satu kenyataan, Rapid KL berharap kaedah pembayaran baharu ini akan memudahkan para pengguna pengangkutan awam dalam kawasan Lembah Klang. Pengguna transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT), monorel dan bas rapid transit (BRT) boleh menggunakan kad debit atau kredit untuk membeli token, menambah nilai kad Touch ‘n Go dan melanggan pas perjalanan My50 atau MyCity.

    Kad kredit dan debit juga akan turut diterima di Kaunter Pendaftaran Kad Konsesi Rapid KL yang terletak di Hab Pasar Seni dan Stesen MRT Conlay.

    Anda masih boleh membeli token di mesin tiket dalam setiap stesen, namun para pengguna digalakkan untuk menggunakan kaedah kad debit atau kredit untuk pengalaman yang lebih mudah.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured