More

    Semua komputer MSI AI+ baharu yang akan dijual di Malaysia bermula suku Q4 2024!

    Pada waktu ini, pelbagai jenama elektronik antarabangsa sedang memaparkan rangkaian produk baharu mereka dalam temasya IFA 2024 di Berlin, Jerman. MSI merupakan salah satu jenama komputer yang melancarkan beberapa produk baharu dalam temasya tersebut dan berikut adalah semua produk MSI baharu yang akan dijual dalam pasaran Malaysia bermula suku keempat 2024.

    Prestige Series dengan pemproses Intel® Core™ Ultra (Series 2)

    MSI akan menawarkan siri komputer riba Prestige dalam tiga saiz iaitu 13 inci, 14 inci dan 16 inci. Siri ini menampilkan badan yang ultra-ringan dan hayat bateri yang tahan lebih lama berbanding generasi Prestige sebelumnya.

    Semua saiz Prestige mempunyai hayat bateri yang boleh bertahan sehingga 20 jam untuk kegunaan video atau produktiviti pejabat. Selain itu, ia juga mempunyai webcam 5MP untuk rakaman video yang jelas dalam mesyuarat dalam talian.

    MSI Prestige 16 AI+ EVO B2VMG
    MSI Prestige 13 AI+ EVO B2VMG
    MSI Prestige A16 AI+ A3HMG

    Ia dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra (Series 2) yang menyepadukan GPU, CPU dan NPU, serta menawarkan prestasi AI sehingga 120 TOPS, atau tiga kali ganda berbanding generasi sebelumnya. Ini bermaksud siri Prestige boleh memproses perisian atau perkhidmatan AI dalam komputer sahaja dan kurang bergantung dengan pemprosesan pihak ketiga.

    Untuk pasaran Malaysia, siri Prestige akan dijual bermula bulan Oktober pada harga bermula RM6,xxx.

    Summit Series dengan pemproses Intel® Core™ Ultra (Series 2)

    Satu lagi rangkaian komputer untuk kegunaan perniagaan dan produktiviti, siri Summit dilengkapi pemproses Intel Core Ultra (Series 2), badan yang ringan dan tahap keselamatan tinggi.

    Skrinnya menyokong pengguna stilus MSI Pen 2, menjadikannya komputer 13 inci yang sangat versatil. Summit 13 AI+ Evo akan dijual di Malaysia bermula bulan November, dengan harga bermula RM7,xxx.

    Stealth A16 AI+

    Stealth A16 AI+ dilengkapi pemproses AMD Ryzen AI 300 Series, dengan seni bina XDNA 2 yang menawarkan prestasi TOPS lebih tinggi sehingga lima kali ganda dan kecekapan Stable Diffusion sehingga dua kali ganda berbanding AMD XDNA generasi pertama.

    "
    "
    MSI Stealth A16 AI+ A3HVFG

    Ia akan dilengkapi RAM LPDDR5X-7500 sehingga 32GB, storan SSD PCIe Gen 4.0 sehingga 2TB dan GPU NVIDIA GeForce RTX 40 Series terkini. Ia akan dijual dalam pasaran Malaysia bermula bulan Oktober pada harga bermula RM10,xxx.

    Claw 8 AI+

    Claw 8 AI+ merupakan peranti gaming bimbit pertama yang dilengkapi pemproses Intel Core Ultra (Series 2). MSI juga telah membuat penambahbaikan berbanding generasi Claw sebelumnya, seperti port USB-C tambahan yang menyokong Thunderbolt-4, butang LB/RB yang lebih responsif, kapasiti bateri yang tahan lebih lama dan pengecas yang lebih ringan.

    Ia mempunyai skrin 8 inci dan turut didatangkan dengan langganan Xbox Game Pass selama sebulan. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai tarikh penjualan dan harga untuk pasaran Malaysia.

    Venture Series

    MSI akan memperkenalkan siri komputer riba baharu yang difokuskan untuk kegunaan perniagaan dan produktiviti iaitu Venture Series. Ia akan ditawarkan dalam saiz skrin 14 inci, 15.6 inci, 16 inci dan 17 inci, dengan panel OLED 16:10 serta gamut warna DCI-P3 100% untuk penghasilan warna yang sangat cantik.

    Komputer ini akan menggunakan pemproses Intel Core Ultra (Series 2) dan dilengkapi bateri besar yang menyokong pengecasan pantas 100W melalui USB-C PD. Ia turut mempunyai MSI AI Engine yang menggunakan AI Intelligence untuk menetapkan beberapa fungsi secara automatik, seperti kecerahan, audio dan visual.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai tarikh penjualan dan harga untuk pasaran Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook kami jika anda berminat dengan mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Misteri video tular TV “diganggu” terbongkar, ini situasi sebenar yang berlaku

    Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Melalui video tersebut, dua orang lelaki...

    Nvidia belum selesai isu lama, RTX 5090 kembali cetus kontroversi kabel kuasa cair

    Isu kabel kuasa cair pada kad grafik Nvidia nampaknya masih belum berakhir. Walaupun standard 12V-2×6 diperkenalkan untuk menggantikan masalah lama 12VHPWR, laporan...

    “Power bank” bakal pupus? HONOR mungkin hasilkan telefon dengan bateri 14,000mAh

    Kapasiti bateri telefon pintar nampaknya terus meningkat dan HONOR mungkin bakal menjadi antara pengeluar yang tolak trend itu lebih jauh. Menurut sumber,...

    Era game mahal bermula? GTA 6 diumum dengan harga permulaan RM339

    Selepas berbulan-bulan spekulasi dan pelbagai kebocoran harga, Rockstar akhirnya mengesahkan tanda harga rasmi untuk Grand Theft Auto VI (GTA 6). Pemain yang...

    Insta360 Luna Ultra rasmi di Malaysia – Sensor 1 inci dan sokong rakaman 8K...

    Insta360 hari ini melancarkan Luna Ultra untuk pasaran Malaysia iaitu kamera gimbal mercu baharu yang dibangunkan bersama Leica. Ditawarkan pada harga bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...