More

    Semua model iPhone 15 mungkin tampilkan potongan paparan Dynamic Island

    Dynamic Island mungkin merupakan ciri yang paling menarik perhatian dan boleh dikatakan paling hebat pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Kini, telah terdapat laporan baharu mengenai Apple mungkin melakukannya pada siri iPhone 15 tahun depan. 

    Menurut Ross Young, beliau berkata bahawa keempat-empat model iPhone 15 sepatutnya mendapat Dynamic Island dan model standard mungkin tidak mendapat paparan LTPO 120Hz kerana isu rantaian bekalan.

    Paparan LTPO 120Hz pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max membolehkan telefon melaraskan kadar penyegaran secara automatik daripada 1Hz kepada 120Hz, bergantung pada penggunaan. Walau bagaimanapun, paparan juga akan dimalapkan apabila telefon itu dibiarkan hidup untuk membantu penjagaan hayat bateri, terutamanya dengan fungsi Paparan Sentiasa Hidup (Always-On-Display).

    Sementara itu, Dynamic Island adalah ciri terbaru Apple yang berinteraksi dengan potongan berbentuk pil yang terdiri daripada Face ID dan kamera swafoto. Pengguna akan dapat melihat kebanyakan pemberitahuan seperti panggilan telefon, muzik, jam dan lain-lain.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured