More

    Semua negeri kini miliki kawasan rangkaian 4G lebih 80%, Sabah & Sarawak alami peningkatan 4G tertinggi

    Sejak kerajaan Malaysia melancarkan program Jalinan Digital Negara (JENDELA) pada bulan Ogos 2020, ia semakin mendekati sasarannya untuk menamatkan rangkaian telekomunikasi 3G dan meluaskan rangkaian 4G serta 5G di seluruh negara.

    Menurut firma telekomunikasi antarabangsa Opensignal, lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara kini mempunyai akses kepada rangkaian 4G. Jika dilihat pada data selama 90 hari sejak 1 Ogos 2021, bilangan pengguna yang boleh berhubung kepada rangkaian 4G telah meningkat sebanyak 2.8% berbanding tempoh yang sama pada 2020.

    Semua negeri kini mempunyai kawasan liputan 4G lebih 80%, malah ada negeri yang mencatatkan liputan sebanyak 90%. Sungguh pun begitu, sesetengah daerah masih bergantung kepada rangkaian 3G untuk mendapatkan akses internet.

    Sabah mengalami peningkatan liputan 4G tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 15.4%, diikuti dengan Sarawak pada 12.5%. Di Semenanjung, Terengganu mengalami peningkatan 4G yang tertinggi iaitu sebanyak 10.6%, manakala wilayah Kuala Lumpur mengalami peningkatan paling sedikit iaitu 1.6%.

    Pada masa yang sama, Terengganu, Pahang dan Kelantan mengalami penurunan yang paling ketara untuk rangkaian 3G, sekitar 8.4% ke 5.3%. Setakat ini, kawasan yang masih banyak bergantung kepada 3G adalah negeri-negeri Borneo, di mana Sabah mencatatkan liputan 3G sebanyak 17.4% manakala Sarawak pula sebanyak 17.1%.

    Opensignal menyimpulkan bahawa inisiatif JENDELA berjaya menyediakan perkhidmatan 4G kepada lebih ramai rakyat di seluruh negara, namun masih terdapat jurang komunikasi yang ketara di antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar. JENDELA perlu merapatkan jurang ini apabila ia memperkenalkan rangkaian 5G pada masa hadapan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Opensignal

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured