More

    Semua perkhidmatan berkaitan JPJ akan tersedia pada aplikasi MyJPJ menjelang 2025

    Semua perkhidmatan berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka tersedia dalam aplikasi MyJPJ menjelang 2025 kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagos Taha. Beliau berkata, sasaran itu selaras dengan hasrat jabatan JPJ untuk mendigitalkan sepenuhnya perkhidmatannya menjelang 2025.

    Namun, semuanya bergantung kepada sejauh mana sistem yang dibina pada aplikasi MyJPJ berfungsi. Menurut Rospiagos, setakat ini, orang ramai boleh menggunakan aplikasi itu untuk mendapatkan beberapa perkhidmatan berkaitan JPJ.

    Antaranya ialah menyemak status lesen memandu, LKM, saman atau mata demerit mereka. JPJ kini dalam fasa interim dan sedang melaksanakan projek perintis pembaharuan LKM dan lesen memandu di kalangan kakitangan JPJ bagi menilai tahap kestabilan sistem yang dibangunkan melalui aplikasi itu.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured