More

    Semua spesifikasi siri Xiaomi Mi 10T dibocorkan, Snapdragon 865, 144Hz berharga ~RM3,409

    Jika anda masih tidak tahu, Xiaomi akan melancarkan siri Xiaomi 10T terbaru pada 30 Oktober ini. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan kesemua spesifikasi asas Xiaomi Mi 10T dan Xiaomi Mi 10T Pro!

    Berdasarkan gambar di bawah, kedua-dua varian hadir dengan skrin 6.67 inci, kadar segar semula 144Hz, DCI-P3 gamut warna, kamera hadapan 20MP dan dijana Snapdragon 865. Untuk Xiaomi Mi 10T, ia dilengkapi kamera utama 64MP + 13MP (ultra lebar) + 5MP (makro), manakala Mi 10T Pro dilengkapi 108MP + 13MP (ultra lebar) + 5MP (makro).

    Sebagai tambahan, kedua-dua varian ini juga dilengkapi kapasiti bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W. Menurut sumber terdahulu, ia mungkin berhaga sekitar 699 Euro (~RM3,409).

    Anda boleh melihat berita-berita lepas mengenai siri Xiaomi Mi 10T disini. Beritahu komen anda mengenai siri Xiaomi terbaru ini di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNMO

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured